WELCOME

Tuesday, 12 March 2013

#9# Peribahasa Oh Peribahasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini saya ingin menenunjukkan beberapa persoalan dalam peribahasa. Terdapat beberapa buah peribahasa yang digunakan sehingga kini tetapi sebenarnya ianya salah. Contoh : 

1. Harapkan pagar, pagar makan padi.
2. Bagai melepaskan batuk di tangga.

Bagi peribahasa yang pertama, persoalannya, adakah pagar mempunyai sifat yang boleh memakan sesuatu? Pada dasarnya pagar ini bukannya benda hidup, tetapi ianya hanya sejenis benteng yang menutupi kawasan tertentu. Dari segi logiknya, pagar sememangnya tidak boleh memakan sesuatu. Manakala peribahasa kedua pula, peribahasa ini bermaksud melakukan kerja sambil lewa. Namun begitu, batuk hanyalan sejenis mekanisme pertahanan tubuh di saluran pernafasan. Bagaimana pula batuk boleh dikaitkan dengan maksud sesuatu secara sambil lewa?

Sepatutnya :
1. Harapkan pegar, pegar makan padi.
2. Bagai melepaskan batok di tangga.

Pegar merupakan sejenis seakan-akan warnanya seperti burung merak tetapi burung ini bersaiz kecil. Batok ialah sejenis alat pencedok air yang diperbuat daripada tempurung untuk membasuh kaki bagi orang zaman dahulu. Biasanya, selepas kita membasuh kaki, kita tidak akan meletakkan batok tersebut di tempat asalnya semula. Dari situlah menampakkan gambaran kita melakukan kerja secara sambil lewa.

Hal ini demikian kerana tulisan jawi yang ditukar kepada rumi. Jika dikaji semula, 'pagar' dan 'pegar' dieja dalam tulisan jawi dengan menggunakan ejaan yang sama. Begitu juga dengan 'batuk' dan 'batok'.






No comments:

Post a Comment