POYO. Sejak kebelakangan ini perkataan 'poyo' menjadi perkataan paling popular dan sentiasa disebut-sebut dalam kalangan remaja kini. Saya tidak dapat mencari sebab mengapa perkataan tersebut tiba-tiba menjadi sebutan ramai. Adakah perkataan 'poyo' ini semakin popular dalam kalangan remaja disebabkan oleh pengaruh artis yang sering menggunakan perkataan tersebut? "Ini semua poyo". Saya dan pasti anda semua sering mendengar ayat tersebut. Apabila saya bertanya kepada rakan-rakan yang menggunakan perkataan tersebut tetapi mereka tidak dapat memberikan maksud perkataan 'poyo' dengan tepat dan jelas. Antara maksud 'poyo' yang telah diberikan oleh rakan-rakan saya ialah :-
2. Mengada-ngada / gedik
3. Perasan bagus
4. Cuba mendapatkan perhatian
Ini adalah merupakan maksud perkataan 'poyo'. Perkataan 'poyo' ini tidak dapat dijelaskan maksudnya dengan tepat. Terdapat pelbagai maksud disebalik perkataan tersebut. Maksud perkataan 'poyo' itu seolah-olah menunjukkan sikap/tingkah laku/perbuatan yang negatif. Saya juga pernah dipanggil 'poyo' oleh rakan-rakan. Adakah anda juga pernah dipanggil sebagai 'poyo'? Adakah anda terfikir bagaimanakah perkataan 'poyo' itu wujud?
Kita seharusnya tidak menggunakan perkataan sebegini. Perkataan 'poyo' merupakan bahasa slanga iaitu merupakan bahasa yang tidak rasmi. Bahasa slanga tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Dengan adanya bahasa slanga seperti perkataan 'poyo' ini, bahasa Melayu kelihatan rendah dan boleh merosakkan bahasa Melayu itu sendiri. Antara contoh lain bagi bahasa slanga ialah 'koya', 'gua', 'brader' dan lain-lain. Oleh itu, kita harus menggunakan dan memartabatkan bahasa Melayu tinggi.
.....
No comments:
Post a Comment