Membaca? Alah! Malasnya. Itulah keluhan yang sering kali kita selalu dengar apabila disuruh membaca. Tetapi kita selalu kagum apabila melihat seseorang yang mempersembahkan ketajaman intelek dan kedalaman pengetahuannya. Kita selalu karam dalam kekaguman itu. Seperti pepatah Arab, "Apabila diketahui sebab-sebabnya, maka terbatallah keajaiban". Apabila kita mengetahui bagaimana tabiat membaca seseorang itu, maka kita tahu bagaimana fikiran merea menjadi begitu tajam dan pengetahuan mereka begitu mendalam. Jadi kita juga seharusnya bersikap seperti mereka yang senantiasa mencari masa untuk menimba ilmu dengan cara membaca.
Mengapa membaca?
Terdapat banyak sebab mengapa kita membca. Membaca hanya bagi mendapat maklumat sahaja tidak mencukup. Membaca adalah bagi membina konsep dan idea mengenai banyak perkara. Pupuklah tabiat membaca. Tanamkan dalam diri kita menjadikan budaya membaca ini sebati dalam diri kita. Kita boleh membaca di mana-mana pun jua dan pada bila-bila masa. Budaya membaca ini seharusnya diterapkan sejak kecil lagi oleh ibu bapa.
Oleh itu, marilah kita membudayakan amalan membaca mulai sekarang. Dengan membaca kita dapat lebih banyak maklumat dan pengetahuan yang baru yang masih belum kita terokai.
MEMBACA AMALAN MULIA !
.....
No comments:
Post a Comment