WELCOME

Monday, 25 March 2013

#15# Orang Berbudi, Kita Berbahasa


Malaysia terkenal dengan sikap sopan santunnya, pelbagai budaya, agama dan lain-lain lagi. Pasti ramai masyarakat dari seluruh pelusuk dunia terpesona dengan keunikan yang ada pada negara kita serta masyarakatnya. Walhal mereka juga belum tahu, kita juga terkenal dengan sikap yang kurang 'bahasanya'. 

Saya pergi berjalan-jalan di pekan Tanjong Malim dengan rakan-rakan pada hujung minggu lepas. Kami singgah untuk memcari barang di kedai buku. Saya telah cari disetiap penjuru barang tersebut, tetapi tetap tidak saya temui. Akhir sekali, saya bercadang untuk bertanya kepada pekerja di keda tersebut. "Maaf kak, tumpang tanya, ada tak buku ZZZ dijual di sini?", saya ajukan soalan kepadanya. Dia terus berpaling memandang tepat ke muka saya lalu berkata "awak jumpa tak buku tu? Kalau dah tak jumpa tu tak ade lah maknanya. Tak kan tu pun tak reti!". Dia terus sambung buat kerjanya semula dengan muka yang agak masam. Alahai! Saya agak terkejut dengan jawapan yang diberikan, lalu saya ucapakan terima kasih dan berlalu pergi.

Saya yakin dan percaya pasti terdapat banyak lagi situasi sebegini yang berlaku kepada anda semua. Saya cuma hendak tekankan bahawa apabila seseorang itu telah berbudi kepada kita, bertanyakan soalan dengan betul, apa salahnya jika kita berbahasa dengannya? Tidak rugi bukan? Paling tidak, kita lemparkan senyuman kepada orang tersebut supaya dia boleh bertenang apabila melihat senyuman manis kita. Berbalik kepada kejadian yang menimpa saya itu, saya rasa ada juga baiknya ianya berlaku kepada saya. Kenapa? Jika perkara tersebut berlaku kepada pelancong luar yang datang untuk melihat keunikan negara kita, saya yakin dan pasti dia tidak akan datang ke negara kita lagi. 

Oleh itu, jagalah percakapan kita. Bantulah sekiranya orang lain memerlukan pertolongan daripada kita. Cerminlah sikap 'ketimuran' kita itu supaya masyarakat luar benar-benar yakin bahawa kita sememangnya mengamalkan sikap sopan-santun, bukanya hanya indah khabar dari rupa. Akhir kata, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Sekian.













No comments:

Post a Comment