Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini tajuk saya mengenai penggunaan kata sapaan yang tidak sesuai. Kesalahan ini biasanya boleh berlaku antara anak dengan ibu bapa, murid dengan guru, remaja dengan orang dewasa dan lain-lain. Penggunaan kata sapaan yang tidak sesuai ini sering sahaja berlaku di mana-mana, tidak kira usia, agama dan bangsa. Mengapakah keadaan ini berlaku? Kita sering dijulang sebagai antara negara timur yang penuh sopan santun dan adat resam. Tetapi hakikatnya...? Maaf jika saya berkata demikian, saya hanyalah mengutarakan pendapat saya sahaja.
Saya sering kali mendengar cerita mengenai anak-anak memanggil ibu bapa mereka dengan kata sapaan yang tidak betul. Ibu bapa merupakan permulaan hidup bagi kita, yang membesarkan dan memeri segala-galanya kepada kita. Tetapi sering diherdik dan dimaki. Antara contoh kata sapaan yang digunakan oleh anak kepada bapa yang pernah saya baca di surat khabar ialah :
Ayah : Din, kau nak ke mana tu?
Anak : Ah! Kau tak payah sibuk la Sarip. Suka hati aku la hendak ke mana pun.
Penggunaan kata sapaan tersebut itu salah dan tidak patut digunakan oleh anak kepada ayahnya. Manakala kata ganti diri yang pertama itu sepatutnya ditukar kepada nama atau 'saya'. Tetapi, ianya bergantung kepada tempat juga. Kebiasaan orang di Sabah akan menggunakan kata ganti diri pertama 'aku' apabila bercakap dengan orang tuanya. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.
Semoga melalui perkongsian ini dapat memberi panduan dan manfaat kepada semua. Amalkan bahasa dan sikap yang menggambarkan kita adalah seorang yang bersopan-santun dan menjaga adap dalam bercakap supaya orang lain akan berasa kagum dan hormat kepada kita. Sekian.
No comments:
Post a Comment