Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Adakah anda semua kenal siapakah Datuk P. Ramlee? Saya yakin dan pasti jika kita ajukan soalan ini kepada sesiapa pun masyarakat di tanah air kita, mereka pasti akan mengenali insan tersebut. Beliau sangat terkenal suatu masa dahulu, bukan sahaja di dalam negara malah luar negara.
Nama diberi adalah Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee ( dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Tenku Nyak Puteh pada 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973). Beliau mempunyai kemahiran dalam bidang nyanyian, lakonan, pengarah, pemuzik, dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau juga pernah mendapat pengiktirafan yang meluas dari dalam dan luar negara di sepanjang hidupnya hinggalah selepas kematiannya.
Hasil karyanya tidak kira dari segi drama atau lagu-lagu sangat menarik. Karya-karya dalam bidang lakonannya masih lagi ditayang kaca televisyen pada setiap minggu. Denga ini, kita dapat lihat betapa berkuasanya beliau sehingga kini. Benar kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Namanya disebut hingga kini tidak kira generasi tua atau muda.
Tidak lupa juga, hasil karya beliau juga telah dilakonkan semula orang beberapa orang 'Mat Saleh' yang dikenali sebagai 'Belacan dan Paku'. Meraka sangat fasih berbahasa Melayu. Ini menunjukkan warga negara lain juga turut kagum dan menghormati karya negara kita dan bahasa kita. Lihat video ini :
No comments:
Post a Comment