Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai dialek Kelantan lawan bahasa Inggeris.
Saya terdetik untuk berkongsi mengenai tajuk ini selepas saya mendengar kisah daripada seorang rakan saya. Saya fikir ianya agak menarik dan boleh dikongsi bersama. Berdasarkan kisah daripada kawan saya ini, dia menceritakan semasa dia sekolah menengah dahulu, terdapat seorang guru ganti yang mengantikan guru bahasa Inggerisnya yang cuti bersalin. Guru ganti tersebut berasal dari negeri Kelantan. Kejadian itu berlaku ni tempat kawan saya, iaitu negeri Pahang.
Semasa guru tersebut mahu mengajar murid-murid, dia sememangnya tidak lekang bercakap dalam dialek kelantan. Semangat 'assabiyahnya' sangat tinggi. Guru tersebut seharusnya bersikap lebih professional. Walaupun hanya guru ganti, tetapi dia seharusnya menggunakan bahasa Melayu standard dalam pengajaran harian dalam kelas. Apabila kelas tersebut, pasti akan kecoh dengan gelak tawa murid-murid kerana guru tersebut nampak lucu bercakap bahasa Inggeris dalam dialek Kelantan.
Sikap ini tidak seharusnya terjadi. Ketika mengajar, kita jangan sesekali menggunakan dialek kita kepada pelajar. Gunalah bahasa Melayu tinggi yang standard supaya kita dapat meningkatkan penggunaan bahasa murid-murid walaupun sedikit. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.. sekian.
No comments:
Post a Comment