WELCOME

Friday, 5 April 2013

#25# Peribahasa ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semasa Hari Terbuka KHAR, saya dan kawan-kawan pergi untuk melihat majlis penutupan karnival tersebut. Semasa sedang asyik berjalan dan berborak dengan kawan, saya terdengar perbualan dua orang pelajar ini. Salah seorang daripada kawannya itu menggunakan peribahasa begini "jangan nilai buku dekat cover je". Adakah itu disebut sebagai peribahasa lagi? Golongan ini jika tidak ditegur akan menyebabkan berlakunya kerosakkan bahasa Melayu.

Sayangi dan cintailah bahasa kita. Jika tidak mahu menggunakan peribahasa tersebut dalam bahasa Melayu, dia boleh menggunakannya dalam bahasa Inggeris iaitu "Don't judge a book by it's cover". Adalah lebih baik sekiranya kita menggunakan atau menuturkan peribahasa tersebut dengan menggunakan bahasa Melayu secara sepenuhnya atau penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya tanpa mencampur-adukkan bahasa-bahasa tersebut. Sekian.


Thursday, 4 April 2013

#24# Bahasa Pengantar atau Bahasa Penghantar


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Semasa saya sedang membaca blog-blog rakan saya, saya ada terjumpa mengenai tajuk ini, bahasa pengantar atau bahasa penhantar. Nampak serupa tapi tidak sama. Maksudnya juga turut berbeza. Jika kita tidak selidik, mungkin kita akan melakukan kesalahan dalam penggunaan bahasa. Oleh itu mari kita lihat apakah yang maksud bagi bahasa penghantar dan bahasa pengantar.




Oleh itu, dapatlah kita ketahui bahawa bahasa pengantar atau bahasa penghantar adalah merujuk kepada maksud yang sama. Oleh itu, kita boleh menggunakan mana-mana sahaja daripada saah satunya. Sekian.


Wednesday, 3 April 2013

#23# 'Di' atau 'Dekat'

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Pada hari ini saya akan berkongsi mengenai penggunaan perkataan bagi 'di' atau 'dekat'.

Pada hari Sabtu yang lalu, kami menerima adik-adik angkat dari SK Hulu Bernam. Mereka menjadikan kolej kami sebagai tempat mereka mengadakan program motivasi bagi pelajar darjah enam sekolah tersebut.   Kebetulan pada masa itu saya selaku fasilitator yang akan menguruskan aktiviti adik-adik tersebut. Mereka tinggal di kolej kami selama tiga hari dua malam bersama-sama dengan kakak dan abang angkat masing-masing. 

Saya menyuruh adik angkat saya untuk mengambil kunci di atas meja, tetapi ayat saya ketika itu begini "Adik, ambil kunci dekat meja tu". Tetapi dia boleh memahami suruhan saya tersebut lalu mengambil kunci di atas meja tersebut. Kawan saya turut berada di situ menegur saya sama ada penggunaan "dekat" itu adalah betul atau tidak? Kalau ikutkan, memang salah, yang betul adalah "Adik, ambil kunci di atas meja tu".

Perkataan 'dekat' biasanya digunakan dalam percakapan seharian kita dan ia disebut sebagai bahasa lisan. Contoh, "Adik, ambil kunci dekat meja tu". Perkataan 'dekat' mengikut konteks masyarakat bahawa kunci itu terletak di atas meja. Perkataan 'di' biasanya digunakan dalam situasi formal dan perkataan ini menimbulkan rasa kekok apabila digunakan dalam percakapan seharian.

Saya menyeru kepada semua termasuk diri saya sendiri untuk menggunakan bahasa Melayu yang standard dan mengikut hukum tatabahasanya tanpa merosakkan bahasa itu. Biasakan yang betul, tinggalkan yang salah. Sekian.


Tuesday, 2 April 2013

#22# Tanjung atau Tanjong


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanjung atau Tanjong? Itulah tajuk yang ingin saya kongsikan pada anda semua. Saya sendiri pun pernah terkeliru sama ada tanjung atau tanjong. 

Berdasarkan gambar di bawah, gambar 1 merupakan ejaan bahasa Melayu lama yang masih belum mengalami perubahan kepada bahasa Melayu moden. Manakala gambar 2 pula merupakan ejaan bahasa Melayu yang telah mengalami perubahan ejaan. Selain itu, terdapat beberapa contoh lain yang mengalami perubahan ejaan, termasuklah :

1. Lapuran - laporan

2. Kampong - kampung

3. Kelinik - Klinik

4. Tammat - tamat

5. Dokter - Doktor


                          gambar 1: ejaan baharu



                      gambar 2 : ejaan lama



Monday, 1 April 2013

#21# Lagu Bahasa Jiwa Bangsa


Fikiran saya melayang teringat semasa zaman sekolah menengah dahulu. Setiap kali perhimpunan pada hari Isnin, kami akan menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa sebagai penutup bagi semua lagu yang kami nyanyikan. Kami akan nyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat, padahal pada ketika itu saya langsung tidak menghayati lagu tersebut. Apabila kita hayati lirik lagu tersebut, terdapat banyak pengajaran dan nilai yang cuba disampaikan. Oleh itu, marilah sama-sama kita menghayati lirik lagu tersebut.





Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakanlah bahasa Kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa

Marilah mari rakyat semua
Buktikan taat setia dengan satu bahasa
Maju bangsa dan majulah negara
Megahkah bahasa kita 
Bahasa jiwa bangsa


Saturday, 30 March 2013

#20# Cikgu Tandas?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman di sekola dahulu. Saya yakin dan pasti anda smeua pernah dengar soalan sebegini yang diajukan oleh murid kepada gurunya apabila meminta izin ke tandas :

1. Cikgu tandas ?

2. Cikgu tandas !

3. Cikgu, tandas ?

4. Tandas cikgu !

5. Cikgu pergi tandas.

Penggunaan ayat ini apabila kita kaji dari segi semantik adalah salah. Selain itu, apabila kita mendengar soalan yang diajukan sedemikian rupa, kita juga akan berasa sakit hati dan tersinggung. Padahal sememangnya kita memahami maksud yang disampaikan oleh murid tersebut. 

Oleh itu, kita harus menegur murid-murid yang sering melakukan kesalahan sebegini, bimbang nanti alah bisa tegal biasa. Murid-murid seharusnya meminta izin untuk ke tandas dengan cara yang betul seperti, "Cikgu, Izinkan saya ke tandas?". Penggunaan ayat tersebut nampak lebih mesra dan sopan. Walaupun dalam nada marah, kita mestilah mempunyai kesopan dan kesantunan dalam berbahasa. Sekian.








Friday, 29 March 2013

#19# Silat Seni Gayong


Kali ini saya mahu berkongsi mengenai pengalaman saya menyertai Silat Seni Gayong. Saya mengambil kokurikulum Silat Seni Gayong selama dua semester sebanyak dua jam kredit. Saya memang suka dengan silat seni sejak kecil lagi, namun saya tidak berpeluang untuk menyertainya. Apabila di universiti ada menawarkan silat dalam senarai kokurikulum, lalu saya pun ambil subjek tersebut. 

Kenapa saya cerita tentang Silat Seni Gayong? Pada saya, Sila Seni Gayong ada keistimewaannya tersendiri yang menggambarkan jati diri Melayu. Silat merupakan seni bela diri dan perisai masyarakat Melayu di nusantara. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni silat mempertahankan diri ini di kawasan kepualauan Melayu pada abad ke 8 Masihi.

Teringat kembali semasa saya menyertai silat tersebut. Sebelum kami memulakan latihan, kami akan menyanyikan beberapa buah lagu, iaitu lagu Ibu Kandung Suluh Budiman, Lagu Silat Gayong dan Lagu Warisan. Saya kongsikan bersama lagu Warisan, yang saya rasa lagu tersebut mempunyai banyak makna tersirat dan tersurat.



Dalam lagu tersebut, diulang sebanyak tiga kali iaitu "Melayu kan gagah di nusantara". Saya yakin dan pasti bahawa kita iaitu orang Melayu mampu berdaya saing dengan masyarakat lain untuk menunjukkan bahawa kita juga boleh. Selepas lagu itu dinyanyikan, Tok Guru kami akan bertanya kepada kami dengan lantangnya, "Siapa kita?" sebanyak tiga kali. Kami selaku anak muridnya akan menjawab dengan nada yang lantang juga "MELAYU!!".


 * TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA*