WELCOME

Showing posts with label Minggu 1. Show all posts
Showing posts with label Minggu 1. Show all posts

Friday, 8 March 2013

#5# Jom Membaca

Membaca? Alah! Malasnya. Itulah keluhan yang sering kali kita selalu dengar apabila disuruh membaca. Tetapi kita selalu kagum apabila melihat seseorang yang mempersembahkan ketajaman intelek dan kedalaman pengetahuannya. Kita selalu karam dalam kekaguman itu. Seperti pepatah Arab, "Apabila diketahui sebab-sebabnya, maka terbatallah keajaiban". Apabila kita mengetahui bagaimana tabiat membaca seseorang itu, maka kita tahu bagaimana fikiran merea menjadi begitu tajam dan pengetahuan mereka begitu mendalam. Jadi kita juga seharusnya bersikap seperti mereka yang senantiasa mencari masa untuk menimba ilmu dengan cara membaca. 

Mengapa membaca?
Terdapat banyak sebab mengapa kita membca. Membaca hanya bagi mendapat maklumat sahaja tidak mencukup. Membaca adalah bagi membina konsep dan idea mengenai banyak perkara. Pupuklah tabiat membaca. Tanamkan dalam diri kita menjadikan budaya membaca ini sebati dalam diri kita. Kita boleh membaca di mana-mana pun jua dan pada bila-bila masa. Budaya membaca ini seharusnya diterapkan sejak kecil lagi oleh ibu bapa. 







Oleh itu, marilah kita membudayakan amalan membaca mulai sekarang. Dengan membaca kita dapat lebih banyak maklumat dan pengetahuan yang baru yang masih belum kita terokai. 

MEMBACA AMALAN MULIA !

.....


Thursday, 7 March 2013

#4# Tidak Faham Arahan

Pelik tapi benar! Saya masih tertanya-tanya mengapakah masih ada sesetengah masyarakat kini yang tidak mematuhi arahan. Terdapat banyak papan kenyataan yang memaparkan arahan dengan jelas untuk melarang kita untuk membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang. Adakah mereka tidak faham arahan tersebut? Mustahil! Saya yakin dan pasti rata-rata rakyat Malaysia merupakan rakyat yang celik huruf. Tetapi mengapakah masih ada yang melanggar arahan?











Saya berharap agar perkara sebegi boleh diatasi dari semasa ke semasa. Agak sukar untuk mengatasi masalah ini sekira orang ramai tidak mahu mengambil inisiatif untuk berubah ke arah kebaikan. Sebagai manusia yang bijak, kita seharusnya mengikut arahan yang telah diberikan sdan mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diseru oleh kerajaan. 


Wednesday, 6 March 2013

#3# Ucap Terima Kasih

TERIMA KASIH. Satu ayat yang mudah dan senang untuk diucapkan kepada sesiapa pun. Kita boleh mengucapkan terima kasih kepada sesiapa pun, tidak kira umur, bangsa, agama, pangkat, dan lain-lain. Ucapan terima kasih sebagai satu lambang kita mengargai jasa seseorang yang telah membuat kebaikan kepada kita. Jadi tiada salah sekiranya kita meringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih.

Mulakan pada hari ini.
Apabila kita pergi ke restoren dan dihidangkan makanan dan minuman yang dipesan, ucapkan terima kasih kepada pelayan yang menghidangkan makanan tersebut. Pelayan itu tidak kenal kita dan kita tidak kenal pelayan itu,  tetapi dia berhak menerima ucapan terima kasih kita walaupun dia sekadar menghantar segelas air kosong! 

Belajar berbudi bahasa.
Saya yakin dan percaya bahawa anda semua sering kali melihat dan mendengar iklan-iklan yang menyeru rakyat Malaysia membudayakan ucapan 'Terima Kasih". Sejajar dengan itu, kita juga dapat mendidik rakyat kita dnegan sikap berbudi bahasa. Kementerian Kebudayaan dan Seni Warisan melancarkan kempen 'Berbudi Bahasa Budaya Kita' bagi mendidik masyarakat Malaysia supaya menjadi individu yang berbudi nahasa. Belajarlah berbudi bahasa dengan membiasakan diri dengan mengucapkan terima kasih.

Sebelum saya mengundur diri, saya tertarik untuk berkongsi dengan anda untuk melihat sebuah iklan bertemakan 'terima kasih' yang sering disiarkan dikaca televisyen. Jum, saksikan.



Tuesday, 5 March 2013

#2# Senyum !!

SENYUMLAH DARI HATI, DUNIAMU BERSERI. Saya yakin dan pasti anda semua melihat iklan mengenai 'senyum' dan liriknya seperti berikut :


                                      Senyum seindah suria yang membawa cahaya
                Senyumlah dari hati duniamu berseri
             Senyum umpama titian dalam kehidupan
         Kau tersenyum ku tersenyum dan kemesraan menguntum
                  Senyum kepada semua
                        Senyumanmu amatlah berharga
               Senyum membahagiakan
                    Dengan senyuman terjalinlah ikatan


Ramai orang merungut kerana mereka dianggap oleh orang lain sebagai sombong dan bongkak pada permulaan perkenalan mereka. Selepas beberapa lama berkawan ataupun berurusan, barulah orang menyedari bahawa dia seorang peramah dan kelakar. Alangkah malangnya satu perhubungan yang sepatutnya sudah memasuki peringkat intim menjadi tawar hanya kerana seorang tidak suka senyum. Orang yang susah senyum dilihat tidak menarik. 

Mengapa susah hendak senyum?
Menurut sebuat buku yang telah saya baca ada menyatakan bahawa mereka bukan susah senyum, tetapi mereka tidak tahu bila masanya fikiran bawah sedar mereka patut memprogramkan perbuatan senyum itu. Ada sesetengah orang yang berjumpa orang lain tetapi mereka mengharapkan orang lain dahulu yang memulakan senyuman kepada mereka. 


Oleh itu, kita harus belajar memberi senyuman yang paling manis. Sering kali kita dengar senyum itu adalah sedekah. Jadi senyumlah seikhlas hati kepada sesiapa sahaja yang kita jumapa. Tetapi awas! Janganlah senyum seorang diri kerana dikhuatiri dicop sebagai orang tidak waras pula. Senyumlah semua... ^_^






.....


Monday, 4 March 2013

#1# Ini Semua POYO

POYO. Sejak kebelakangan ini perkataan 'poyo' menjadi perkataan paling popular dan sentiasa disebut-sebut dalam kalangan remaja kini. Saya tidak dapat mencari sebab mengapa perkataan tersebut tiba-tiba menjadi sebutan ramai. Adakah perkataan 'poyo' ini semakin popular dalam kalangan remaja disebabkan oleh pengaruh artis yang sering menggunakan perkataan tersebut? "Ini semua poyo". Saya dan pasti anda semua sering mendengar ayat tersebut. Apabila saya bertanya kepada rakan-rakan yang menggunakan perkataan tersebut tetapi mereka tidak dapat memberikan maksud perkataan 'poyo' dengan tepat dan jelas. Antara maksud 'poyo' yang telah diberikan oleh rakan-rakan saya ialah :-
     
       1. Berlagak hebat.
       2. Mengada-ngada / gedik
       3. Perasan bagus
       4. Cuba mendapatkan perhatian


Ini adalah merupakan maksud perkataan 'poyo'. Perkataan 'poyo' ini tidak dapat dijelaskan maksudnya dengan tepat. Terdapat pelbagai maksud disebalik perkataan tersebut. Maksud perkataan 'poyo' itu seolah-olah menunjukkan sikap/tingkah laku/perbuatan yang negatif. Saya juga pernah dipanggil 'poyo' oleh rakan-rakan. Adakah anda juga pernah dipanggil sebagai 'poyo'? Adakah anda terfikir bagaimanakah perkataan 'poyo' itu wujud?
Kita seharusnya tidak menggunakan perkataan sebegini. Perkataan 'poyo' merupakan bahasa slanga iaitu merupakan bahasa yang tidak rasmi. Bahasa slanga tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Dengan adanya bahasa slanga seperti perkataan 'poyo' ini, bahasa Melayu kelihatan rendah dan boleh merosakkan bahasa Melayu itu sendiri. Antara contoh lain bagi bahasa slanga ialah 'koya', 'gua', 'brader' dan lain-lain. Oleh itu, kita harus menggunakan dan memartabatkan bahasa Melayu tinggi.

.....